Wednesday 6 April 2011

hikmah yang belum dan sudah tersingkap

in the name of allah.
tiba2 teringat pasal liqa' dengan sahabat2 sabtu lepas.
seorang akhwat bertanya, " apa hikmah yang korang dapat tengok dari segala bencana yang terjadi baru2 ni? "
masing2 diam berfikir, aku pun turut join diam. iye kan, tsunami kat jepun, gegaran yg berlaku kat zaqziq. seingat-ingat aku, mcm tak pernah2 je aku fikir benda ni. ish3, teruknya kau syah. allah bg nikmat akal suruh berfikir dan renung setiap apa yg allah created, kenapa la kau tk buat? astaghfirullah. knpa otak ni mcm tak boleh generate je? sedihnya, dah terlepas peluang nak buat kebaikan, kongsi kebaikan dgn orang, dah terlepas jugak nak latih diri bercakap depan orang. bukankah basic dakwah ialah perbuatan dan lidah?
sudah2nye, hari ni baru terfikir semula pasal discussion tu, at least allah bg petunjuk untuk berfikir, kan? alhamdulillah.

sebenarnya, segala bencana yang berlaku kat bumi ni, disebabkan perbuatan manusia itu sendiri. ( ada ayat quran tapi tak ingat pulak ). contohnya, berlaku tanah runtuh. allah jadikan asbab berlakunya tanah runtuh tu sebab manusia sendiri yang buat penebangan pokok yang tak terancang, dengan pembangunannya lagi.
dan lagi, allah jadikan bencana tu untuk manusia sebab dosa2 yg kite dah buat. allah nak suruh kite kembali kat Dia, sebab tu Dia bg semua tu, supaya kite sedar.

jadi, apa yang berlaku baru2 ni, ( ap yg aku nmpak ), sbenarnya allah nak sedarkan kita. cuba buka pintu rumah, tengok kat luar, betapa ramainya lagi manusia yang jauh dari ajaran2 islam. mungkin ada yang sedar semua ni, tapi berapa ramai yang sedar dah mainkan peranan yang sepatutnya dia buat? sedar dan nampak je ramai orang yang jauh dari islam, tapi tak berusaha untuk tarik dorang kembali kpd islam. ( ni mengata diri sendiri ). tengok, betapa sayangnya allah kat kita, Dia bagi macam2 petanda dah, tapi tak sedar2 lagi.

jom tadabbur ayat ni,
" sungguh, telah berlalu sebelum kamu sunnah2 (allah), kerana itu berjalanlah kamu ke (segenap penjuru) bumi dan perhatiknlah bagaimana kesudahan orang yang mendustakan (rasul2)."
ali imran : 137

tengok kesudahan orang2 yg mendustakan rasul. tak terima apa yg nabi bawa, tak amalkan ajaran nabi2. tengok kesudahan kaum nabi lut? apa jd kat kaum tsamud? mcm mane berakhirnya kaum nuh?
ada yg diterbalik ke bawah bumi, kene hujan batu apa sume. ya allah..

kita masih beruntung, kenapa?
tengok umat dulu2, allah terus bagi azab kat dunia. kita ni, allah masih bagi chance kat kita, untuk kembali kpdNya. allah masih bagi nikmat hidup kat kita, tapi kita terus lupa kepadaNya.

jangan lupakan allah dlm hidupmu, wahai diri. jangan sekali kali.
                                                                                                                                                                                                                                                                                                  

No comments:

Post a Comment